|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang dihormati, Tuan/Puan Pengetua dan Tuan/Puan Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Kedah Darul Aman.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan bintang secara atas talian menggunakan instrumen Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi perancangan Pelan Pembestarian Pendidikan 2010 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg . Ketua Setiausaha Negara. Surat (BTPPPSB) 8817/3/4 (56) adalah dirujuk.
Bersama-sama ini saya kepilkan surat rasmi BTPN(KDH)8802/4/5(9) sebagai punca kuasa untuk melaksanakan tugas yang diberi di sekolah tuan/puan.Semoga mendapat perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Rosnah binti Saad Penolong Pengarah UNIT PERKHIDMATAN ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. tel: 04-731 3446/3448; 04-7740800 faksimili: 04-7308909
Wed, Jun 15, 2011 04:08 PM
Surat Rasmi BTPN :: (KDH)8802/4/5(9)
Verifikasi data SPPICTS siri Kutipan Kali Pertama 2011
Dimaklumkan bahawa pihak PKG Bukit Selambau akan ke sekolah tuan
mulai 02/05/2011- 26/05/2011 untuk tujuan tersebut.
Pihak sekolah perlu menyemak dan kemaskini data sekolah masing-masing
supaya selaras dengan rekod perolehan terkini di sekolah tuan.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.
Harap maklum.
Diucapkan ribuan terima kasih dan taniah kepada sekolah kelompok zon PKG Bukit Selamabu kerana telah berjaya mengisi 100% data SPPICTS.
Terima kasih.
ASTRO TUTOR =========== Astro Tutor TV kembali atas permintaan ramai mulai 11 Januari 2011, saluran ini disiarkan sepanjang tahun di nombor baru, saluran 601. ASTRO TUTOR TV adalah percuma kepada pelanggan sekolah (Kampus Astro) dan pakej Astro Family. Tontonilah program kegemaran UPSR anda untuk mempelajari subjek-subjek penting UPSR seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains. ~ Maklumat lanjut :

PENYEKATAN APLIKASI JARINGAN SOSIAL DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Penggunaan aplikasi jaringan sosial terutamanya Facebook. Friendster, MySpace dan Twitter oleh penjawat-penjawat awam pada waktu pejabat untuk tujuan peribadi merupakan satu kesalahan. Penyalahgunaan kemudahan ICT ini untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat boleh menjejaskan fokus penjawat-penjawat awam dalam menjalankan tugas rasmi.
|