Sejarah

=================================================================================

Pengenalan

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

================================================================================

Sejarah PKG Telok Kechai

PKG Telok Kechai telah mula beroperasi sebagai Pusat Sumber Zon Telok Kechai pada tahun 1983 dengan menumpang di bilik Sekolah Kebangsaan Telok Kechai

Nama Pusat Sumber Zon Telok Kechai diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) pada tahun 1988

Sekali lagi perubahan telah berlaku dimana pada tahun 1990 nama PSPD diubah kepada Pusat Kegiatan Guru Telok Kechai dan ianya kekal hingga hari ini.

Pada tahun 1995 berlaku satu lagi perubahan di mana Pusat Kegiatan Guru Telok Kechai telah berpindah dan beroperasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama, Jalan Pegawai atau sekarang diwartakan sebagai Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah.

 
Sekolah Kelompok
Sample Title
Sample Title
Sample Title
Sample Title
Sample Title